Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.
Walaupun DIHARAMKAN, masih ada sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil danmonometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik danperoksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti diharapkan kebanyakan wanita.
Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.
Melihat kesan diharapkan, ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.
Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.
Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.
Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan lebih mudah mendapat kanser kulit.
Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.
Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang — dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.
Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi.

Kesan dari penggunaan kosmetik yang mempunyai kandungan hidrokuinon
Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:
Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.

Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.
Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.
Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga tua.
=======================================================================
Jadi apa yang dapat Anda lakukan?
Mudah, ....CUMA gunakan produk perawatan kulit yang Bebas atau Tanpa Hidrokuinon, produk perawatan wajah yang Bebas Hidrokuinon, dan kosmetik yang Bebas Hidrokuinon.
Mudah, ....CUMA gunakan produk perawatan kulit yang Bebas atau Tanpa Hidrokuinon, produk perawatan wajah yang Bebas Hidrokuinon, dan kosmetik yang Bebas Hidrokuinon.
Jadi, jika anda kuatir tentang Hidrokuinon dalam produk perawatan kulit anda seperti, losyen, krim dan kosmetik yang anda gunakan sekarang, ketahuilah produk yang dikeluarkan oleh Zarraz Paramedical sememangnya TANPA HIDROKUINON!!! (Sila lihat antara produk2 ZARRAZ PARAMEDICAL dalam Blog ini).
Jadi, ketika Anda sedang mencari produk perawatan kulit yang berkualiti dan mampu memberikan hasil yang baik, Anda memiliki pilihan untuk merawat secara alternatif terhadap misi perawatan wajah anda dengan produk yang berkualiti tinggi – Tanpa HIDROKUINON dan bebas risiko jangka panjang!

No comments:
Post a Comment